SEJARAH SMK
TENGKU MAHMUD ISKANDAR, SG MATI, LEDANG JOHOR
Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar, Sg Mati Ledang pada awalnya dikenali sebagai Sekolah
Menengah Rendah Sungai Mati sekitar tahun 1965. Pada ketika itu, bilangan
pelajarnya seramai 136 orang. Pada tahun 1970-an namanya telah ditukar kepada
Sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati Ledang hinggalah kini.
Pada tahun 1974,
pembelajaran aliran Sains telah diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 4 dan
diikuti pengambilan perintis pelajar tingkatan 6 aliran Sastera pada tahun
1986. Berbanding tahun 1970, SMK Tengku Mahmud Iskandar hanya mempunyai 20 buah
bilik darjah, namun kini pada tahun 2014 bilangan ini meningkat kepada 58 buah
bilik darjah dengan bilangan pelajarnya seramai 1513 orang dan 116 orang guru
serta 18 orang staf sokongan.
Tahun 1990, sebuah
bangunan empat tingkat telah dibina. Bangunan di bawah projek pembangunan
Kementerian Pendidikan ini dilengkapi dengan 12 buah kelas dan beberapa buah
makmal sains. Seterusnya, pada tahun 2002, dua buah lagi bangunan empat tingkat
telah dibina dinamakan Blok Intan yang dilengkapi dengan bilik pentadbiran,
bilik darjah, pusat sumber dan bilik guru. Sementara sebuah lagi bangunan empat
tingkat dinamakan Blok Nilam turut dilengkapi bilik darjah, makmal, koperasi,
bilik kemahiran manipulatif, stor dan tandas.
Seterusnya pada
tahun 2008, sebuah astaka telah dibina untuk kemudahan para pelajar dan program melibatkan kokurikulum di padang
SMK Tengku Mahmud Iskandar serta sebuah makmal komputer dua tingkat dengan
kemudahan komputer untuk pelajar.
Pembangunan sekolah
diteruskan pada tahun 2010, apabila mata pelajaran Vokasional (MPV) dengan
pengkhususan Pendawaian Domestik mula diperkenalkan dengan jumlah pengambilan
pelajar perintisnya seramai 25 orang. Pada tahun yang sama juga, sejumlah 12
unit kuarters guru secara rasminya telah dibuka untuk kemudahan tempat tinggal
guru-guru.
OBJEKTIF SEKOLAH
1.
Meningkatkan kualiti dan kuantiti kurikulum pelajar semua peringkat
2.
Meningkatkan kualiti dan kuantiti kokurikulum semua pelajar
3.
Mewujudkan rasa cintakan sekolah dalam kalangan pelajar, berakhlak dan berhemah
tinggi serta mempunyai sifat dan kelakuan terpuji
4.
Menanam sikap positif dan peka terhadap kejayaan dan kecemerlangan
SLOGAN
Berkorban
untuk kejayaan
MOTO SEKOLAH
SMKTMI Top 5 in Ledang
MATLAMAT SEKOLAH
SMKTMI
Gemilang Menjelang 2018
ASPIRASI SEKOLAH
SMKTMI
The GREAT (Gemilang, Rukun, Empati, Amanah, Tawakal)
LOGO SEKOLAH
Huraian :
Perisai: Tanda pertahanan tradisi, kebenaran dan kewibawaan.
Obor: Memancarkan cahaya sebagai
penyuluh hidup dengan berbekalkan pendidikan dan pengetahuan.
Lingkaran bulatan: Pelajar berusaha mendapatkan pendidikan dan pelajaran untuk berdikariii
dan seterusnya menyumbangkan pula kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Roda bergigi: Kepentingan pengetahuan sains dan teknologi.
Warna: Merah - Melambangkan kegigihan semangat
Biru - Warna rasmi bendera Johor Darul Ta’zim, negeri
dimana sekolah ini berada dan melambangkan
perpaduan kaum.
Kuning - Kedaulatan Raja, menunjukkan keyakinan diri
Putih - Keikhlasan hati dan berfikiran bersih bagi seluruh
masyarakat sekolah ini.
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
PIAGAM SEKOLAH
1. Memberi layanan mesra pelanggan tanpa mengira status.
2. Memberi perkhidmatan secara cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan standard pengurusan.
3. Membina kerja sepasukan bagi melaksanakan urusan.
4. Mencapai kecemerlangan perkhidmatan pada setiap masa.
5. Bersedia menerima teguran dan cadangan bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan dan menjadikannya sebagai panduan setiap pelanggan.
Warna: Merah - Melambangkan kegigihan semangat
Biru - Warna rasmi bendera Johor Darul Ta’zim, negeri
dimana sekolah ini berada dan melambangkan
perpaduan kaum.
Kuning - Kedaulatan Raja, menunjukkan keyakinan diri
Putih - Keikhlasan hati dan berfikiran bersih bagi seluruh
masyarakat sekolah ini.
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
PIAGAM SEKOLAH
1. Memberi layanan mesra pelanggan tanpa mengira status.
2. Memberi perkhidmatan secara cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan standard pengurusan.
3. Membina kerja sepasukan bagi melaksanakan urusan.
4. Mencapai kecemerlangan perkhidmatan pada setiap masa.
5. Bersedia menerima teguran dan cadangan bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan dan menjadikannya sebagai panduan setiap pelanggan.
Syukran atas perkongsian sejarah.. alhamdulillah ibu saya bernama Raihanah @salomah bt moalim berumur 55 tahun (2017) bekas pelajar smk tengku mahmud iskandar dari tahun 1976 hingga tahun 1981 . Salah seorang dari ahli kumpulan pertama perlantikkan pengawas perempuan di smk tmi . Matapelajaran yg paling disukai ialah Matematik dan bahasa inggeris.. permainan sukan pernah mewakili sekolah dalam sukan bola jaring. peperiksaan setiap tahun pernah mendapat no 1 atau no 2 disekolah secara berturut turut. Ibu adalah pelajar aktif dalam pelbagai bidang .pernah menjadi pelajar contoh. Beliau diantara beberapa pelajar cemerlang dan mendapat surat utk terus belajar ke universiti pertanian malaysia yg kini lebih dikenali sebagai universiti putra malaysia.. syukran terima kasih kepada semua tenaga pengajar yg mendidik ..
ReplyDeletefeeling moved when the name of the school has a background ... the most fun in this school ... when the noble Che Mrs. Khaleeda comes to school ... full of excitement ... the day before she comes ... various preparations held..the fire brigade came only to clean the lands at the entrance of the school to the school grounds ... we are very proud when our school name is listed ... we love stmi
ReplyDelete